Salahkah Saya Bercinta dan Dicintai | Friday, December 24, 2004
Assalamualaikum wr.wb
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.
Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak karuniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila keinginan semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah mengajarkan kita bahwa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang terjadi akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sembarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan mudah tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.
Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan pikiran sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak melihat yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikaruniakaNya. Bagaimanakah perasaan kita jika seseorang itu begitu lekat dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap disampingkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah- olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitannya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan bangga. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Berbicara berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahwa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku.
Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai suara angin lalu. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai nama yang aneh dan menjijikkan - zina,perselingkuhan,anak rambat,buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah pelanggaran dan kecelakaan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu di perlukan peraturan-peraturan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Artinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keridhoan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk menikah kerana nikah itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu menikah, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".
Semoga pernikahan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, degan tujuan untuk membina rumah tangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan pernikahan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya senantiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadah dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
Oleh itu, tak perlulah bercinta sekedar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekalian. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan sewaktu menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pembukaan aurat, tidak ada pengabaian masalah seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon, tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka berlian ini. Justru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perpernikahan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh pernikahan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang pernikahan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Cukup sekian dulu artikel dari saya, jika ada kata-kata saya yang salah dan nggeak berkenan dan menyingung perasaan beberapa pihak saya mohon ma’af yang sebesar-besarnya, Sesungguhnya yang benar itu datangnya dari Allah SWT dan yang salah itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.Ila hina faqat
Wassalamualaikum wr.wb
Nb : Buat remaja yang sedang bercinta tidak di landasi tujuan menikah
Hai remaja... kamu sendiri masih tergapai-gapai mencari tujuan hidupmu, "identiti" diri sendiri, mampukah kamu bercinta? Bukankah lebih baik jika kamu menggunakan waktu remajamu yang ada untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang soleh/solehah...
dwi_yono
http://www.surau.org
*************************
Created at 7:38 AM
*************************
|
|
welcome
hello
MENU
HOME
Cinta Ku
Cinta - Al- Qur'an & Hadist
Cinta - Artikel
Cinta - Berita
Cinta - Busana & Perkawinan
Cinta - Cerita
Cinta - Doa
Cinta - Kecantikan
Cinta - Kesehatan
Cinta - Liputan Khusus
Cinta - Masakan & Minuman
Cinta - Musik
Cinta - Muslimah
Cinta - Puisi
Cinta - Rukun Iman & Islam
Links
Archieve
May 2004[x] June 2004[x] December 2004[x] January 2005[x] April 2005[x] July 2005[x] August 2005[x] September 2005[x]
|
|